Tuesday, September 29, 2015

Regina Ibrahim

Regina Ibrahim, has kindly bought my two books (Doubt & Bitter) and have written a lovely review on the books. Here is the review   Thank you Regina



DOUBT AND BITTER

Penulis: Bissme S

Terbitan/Edaran: Merpati Jingga

Genre: Khayalan Imaginasi Manusia.

Tanpa pembaca, penulis itu tidak akan ujud. Penglipurlara Bissme S sudah lama berada di persada penulisan Malaysia. Pemenang tropi Samad Idris FINAS pada tahun 2000 dan 2010 mengatakan bahawa sebagai wartawan beliau berurusan dengan fakta, manakala fiksyen pula mengizinkan dia berimaginasi.

Doubt dan Bitter sudah pun diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan. Terjemahlah dalam bahasa apa sekalipun buku ini merupakan naskah yang sangat menarik. Selepas membaca ke dua dua koleksi cerita cerita pendek dan certot nukilan Bissme, kamu akan menyedari bagaimana manusia itu bisa berimaginasi semahu mahunya dalam bentuk penulisan secara terbuka, realistic dan sinis. Very Inspiring/Sangat meransangkan.

Digabung pula dengan sifat sifat manusia yang tamak, sepi, ghairah dalam menjalani kehidupan. Ada banyak kisah kisah yang dipaparkan membuatkan kamu ternganga setelah membacanya. Ini genre yang saya suka pastinya. Citarasa Bismme sangat antarabangsa. Dikisahkan bagaimana hubungan manusia dengan pencipta tanpa membuatkan kita merasa marah, kerana ada kebenarannya persoalan tersebut.

“bukan semua manusia diciptakan untuk menjalani kehidupan orang miskin,”

“dia berjalan mencari landasan keretapi terdekat. Telanjang dan terus berlari ke arah keretapi yang bergerak”

“owh dia sangat menyintai wanita itu, hampir saja dia menyembah kesan kesan kaki wanita tersebut di lantai.”

Bayangkan 45 kisah pendek dalam Doubt/Musykil dan 13 cerpen yang diedit oleh N.Shashikala, paling tidak akan mencuit ruang imaginasi kamu setelah selesai membacanya tanpa prejudis.

“tapi aku memang tidak mahu masuk syurga!”
“kenapa tidak?”

“di syurga itu tidak ada orang orang yang menarik!”

Bayangkan kisah pelukis Malena yang membunuh ibunya, pelukis aneh ini juga bercinta, ya bercinta…dan berfalsafah aneh sekaligus apabila berhubung dengan lelaki tersebut…lelaki yang tidak akan kamu sangka…

Bicara wanita yang membunuh anak dan suaminya di Singapura pada ibu tua yang berkerut muka…

Ya kamu akan temui semua persoalan ini dalam Doubt dan Bitter. Dua buku ini akan mendapat sambutan hebat sekiranya dipromosikan secara antarabangsa, paling tidak di sekitar ASIA. Ianya adalah koleksi peribadi saya yang paling berharga dan menarik untuk tahun 2015. Matang, berterus terang tanpa ayat ayat besar!

Verdict: Harus dimiliki oleh pengemar FIKSYEN.